Dah duduk rumah ni, kita masak-masak jela kan.hahaha...Hari ni kita masak gulai ikan.. da ada ikan aya, memang kita buat gulai la.my fav tau.hehehe...
ni mesti kena ada, kalau tak ada ikan bukan nama yer gulai ikan.hihihi
Bahan2:
1. Ikan
2. 3 ulas Bawang Putih (dihiris)
3. 5 biji Bawang Kecil (dihiris)
4. 3 helai daun kari
5. 1sb halba campur
6. 4sb serbuk kari
7. santan (kita ni main ikut rasa, nak pekat sedang mana)
8. 1 cwn air asam
9. Minyak
10. Garam
11. Cili Api/Lada kering (optional)
12. 1 inci Halia (dihiris)
12. 1 inci Halia (dihiris)
macam biasalah kita menumis dulu bawang2, halba campur, halia dan daun kari. pastu, masukkan serbuk kari dan masak sehingga naik minyak.masukkan air asam, kemudian, masukkan ikan dan santan.garam jgn lupa..kita ni tak mau masak terlalu lama ikan tu, itu yang masuk ikan last..yang lada tu, klau masuk kn cili api, nak masukkan selepas santan pun blh..tapi kalau lada kering (kena blend dulu) masuk selepas menumis serbuk kari...
***serbuk kari boleh dicampur dengan air sebelum menumis supaya tidak hangit. tapi, kalau nak masukkan serbuk kari terus (tanpai dicampur air) pun boleh, asalkan kita kena selalu kacau supaya tak hangus..hehehe
resepi ini memang simple..kadang2 kita nak simple kan sesuatu benda tapi asalkan sedap dimakan..