Sunday, 16 November 2014

IKAN PARI ASAM PEDAS ALA JOHOR

Bulan november sudah pun hadir...sekejap je masa, tup tup da bulan disember. Selepas tu sudah masuk tahun baru. Umur dah meningkat kepada 1 angka...Apabila sibuk melakukan pelbagai kerja, tak terasa masa bergerak dengan pantas. Masa depan yang tidak pasti, memang kita melakukan setiap peracangan untuk hari esok dan kemudian, tetapi kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukannya. Kita perlu tawakal & redha setiap yang berlaku kelak. 

Kali ni nak bercerita mengenai Asam Pedas. Asam pedas Johor la, melaka la, & asam pedas 'homemade' (yela..da dicampak bahan2 ikut citarasa sendiri kan). Ada sesetengah orang yang menyukai asam pedas yang pekat, ada setengah pulak yang suka cair2 gitu. Bak kata ikut suka hati korang la..tetapi, kalau dah duduk dalam family, ada yang nak cair, ada yang nak pekat, macam mana pula kan. xkan la nak buat 2 jenis kan.hihihi...

Kita harus mencuba setiap resepi dan kali ni saya merujuk resepi daripada blog Azie Kitchen mengenai resepi asam pedas. Resepinya boleh dilihat SINI yang menunjukkan cara2 untuk memasak asam pedas Johor.

Resepi Asam Pedas Ala Johor :

Bahan untuk blend ~
3 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang Merah
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
Belacan
30++ tangkai Lada Kering

Bahan lain ~
Ikan Pari
Daun Selum
1 1/2 cawan air asam jawa
1 sd Lada Hitam - ditumbuk kasar
1 biji Tomato
Garam & Gula secukup rasa
Air
Minyak untuk menumis

Cara2 memasak :
- Tumiskan bahan2 yang telah dikisar sehingga naik minyak/garing.
- Masukkan ikan dan daun selum sehingga daun layu.
- Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan garam dan gula. 
- Masukkan air mengikut kepekatan yang dimahukan.
- Selepas itu, masukkan tomata yang dibelah 2/4. 
- Akhir sekali, masukkan lada hitam.


Bahan2 utk dikisar

disini hanya menggunakan 3 keping ikan pari yang kecil.

selepas dimasukkan air asam jawa.

  
Ta-Da!!! dah siap Asam Pedas Ala Johor

SELAMAT MENCUBA....

Saturday, 25 October 2014

Gulai Ikan Aya

HOLA!!!!
Dah duduk rumah ni, kita masak-masak jela kan.hahaha...Hari ni kita masak gulai ikan.. da ada ikan aya, memang kita buat gulai la.my fav tau.hehehe...

ni mesti kena ada, kalau tak ada ikan bukan nama yer gulai ikan.hihihi

Bahan2:
1. Ikan
2. 3 ulas Bawang Putih (dihiris)
3. 5 biji Bawang Kecil (dihiris)
4. 3 helai daun kari
5. 1sb halba campur
6. 4sb serbuk kari
7. santan (kita ni main ikut rasa, nak pekat sedang mana)
8. 1 cwn air asam
9. Minyak
10. Garam
11. Cili Api/Lada kering (optional)
12. 1 inci Halia (dihiris)
macam biasalah kita menumis dulu bawang2, halba campur, halia dan daun kari. pastu, masukkan serbuk kari dan masak sehingga naik minyak.masukkan air asam, kemudian, masukkan ikan dan santan.garam jgn lupa..kita ni tak mau masak terlalu lama ikan tu, itu yang masuk ikan last..yang lada tu, klau masuk kn cili api, nak masukkan selepas santan pun blh..tapi kalau lada kering (kena blend dulu) masuk selepas menumis serbuk kari...
***serbuk kari boleh dicampur dengan air sebelum menumis supaya tidak hangit. tapi, kalau nak masukkan serbuk kari terus (tanpai dicampur air) pun boleh, asalkan kita kena selalu kacau supaya tak hangus..hehehe
resepi ini memang simple..kadang2 kita nak simple kan sesuatu benda tapi asalkan sedap dimakan..
*** kentang, bendi - optional..kalau nak bubuh, bubuhlah, xsalah pun...hehehe


Friday, 24 October 2014

S 에스_하고 싶은 거 다 (Without You)_Music Video






This song & MV really touched my heart... one of fv Korean song =)
They're Kangta, Hyesung, & Lee Ji Hoon. Also, this MV starring Yuri (Girl Generation).

Thursday, 23 October 2014

Ikan Pekasam

Kali ni nak 'habaq' pasal ikan ni ha... ini ikan bukan sebarang ikan.hahahaha... Kalau adik ni dgr pasal ikan ni, adik ni da kecur air liur.yum yum yum...




Ladies & gentleman (cewahhh..) hehehe...tau tak ini ikan apa..bukan ikang goreng biasa. dan bukan jgak luar biasa.. Ta-da!!! ini lah ikan pekasam made in Pahang. Lain daripada yang selalu adik ni makan, tapi rasa yer, jilat jari dik oiii.. nak cerita la betapa sedap ye ikan ni. Ayah mertua akak yang bagi ikan pekasam ni, dia buat sendiri tau... resepi ye sgtlah simple. nak tau tak??? kalau tak nak tahu pun, adik ni tetap nak 'habaq' jugak...

Resepi bagi ikan pekasam:

1. Ikan Sungai (ikut nak ikan apa2 pun)
2. Garam
3. Kunyit
4. Asam Keping

Simple kan resepi die. bahan sume ni mmg da tersedia kat umah.hehehe...so, apa lagi, selamat mencuba...

Ni yang siap digoreng...(asam keping tetap ada)  =)

Monday, 20 October 2014

Taman Wetland, Putrajaya












Taman Wetland Putrajaya....menarik, nyaman, dan sihatkan badan. Jalan-jalan ke Taman Wetland pada hari bekerja dan terasa sunyi je. Tempat ni memang menarik tapi saya pun tak pasti sebab & kenapa sunyi. Maybe saya yang datang pada waktu/masa yang salah... kita boleh berjoging dan menunggang basikal untuk melawati setiap satu tempat. Oleh disebabkan diri ini penat dan jalan pun lengang, saya ronda-ronda dengan kereta saja...

Di Taman ni juga ada pelbagai jenis pokok yang dapat dilihat pada laluan kaki/basikal sepanjang Menara Pandang Jauh ke Flamingo.

Jomlah kita pergi ke Taman Wetland, kita boleh riadah dan melakukan pelbagai aktiviti di taman tersebut. Marilah kita memenuhi ruang parking yang ada.... 

Muzium Sultan Abu Bakar

Sultan Abu Bakar Museum is one of destination that you should visit in Pahang, Malaysia.

***Biarlah gambar yang berbicara...***







 Gambar-gambar diatas adalah barangan yang menarik perhatian saya. (Maaflah, sebab diriku ini meminati barangan sebegini)


Ini hanyalah sebahagian yang terdapat di Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak di Pekan, Pahang.  Terdapat pelbagai informasi dan barangan lama (antik) yang terdapat di muzium tersebut. Informasi mengenai masyarakat Orang Asli di Pahang boleh diperolehi di muzium tersebut. Tidak ada salahnya sekiranya kita membawa anak-anak dan keluarga melawati muzium yang terdapat di negara kita supaya kita sendiri dapat mengenal dan memperolehi informasi yang memberi manfaat. Malahan, barangan yang dipamerkan di muzium tersebut sukar dilihat pada masa kini.