Sunday, 16 November 2014

IKAN PARI ASAM PEDAS ALA JOHOR

Bulan november sudah pun hadir...sekejap je masa, tup tup da bulan disember. Selepas tu sudah masuk tahun baru. Umur dah meningkat kepada 1 angka...Apabila sibuk melakukan pelbagai kerja, tak terasa masa bergerak dengan pantas. Masa depan yang tidak pasti, memang kita melakukan setiap peracangan untuk hari esok dan kemudian, tetapi kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukannya. Kita perlu tawakal & redha setiap yang berlaku kelak. 

Kali ni nak bercerita mengenai Asam Pedas. Asam pedas Johor la, melaka la, & asam pedas 'homemade' (yela..da dicampak bahan2 ikut citarasa sendiri kan). Ada sesetengah orang yang menyukai asam pedas yang pekat, ada setengah pulak yang suka cair2 gitu. Bak kata ikut suka hati korang la..tetapi, kalau dah duduk dalam family, ada yang nak cair, ada yang nak pekat, macam mana pula kan. xkan la nak buat 2 jenis kan.hihihi...

Kita harus mencuba setiap resepi dan kali ni saya merujuk resepi daripada blog Azie Kitchen mengenai resepi asam pedas. Resepinya boleh dilihat SINI yang menunjukkan cara2 untuk memasak asam pedas Johor.

Resepi Asam Pedas Ala Johor :

Bahan untuk blend ~
3 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang Merah
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
Belacan
30++ tangkai Lada Kering

Bahan lain ~
Ikan Pari
Daun Selum
1 1/2 cawan air asam jawa
1 sd Lada Hitam - ditumbuk kasar
1 biji Tomato
Garam & Gula secukup rasa
Air
Minyak untuk menumis

Cara2 memasak :
- Tumiskan bahan2 yang telah dikisar sehingga naik minyak/garing.
- Masukkan ikan dan daun selum sehingga daun layu.
- Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan garam dan gula. 
- Masukkan air mengikut kepekatan yang dimahukan.
- Selepas itu, masukkan tomata yang dibelah 2/4. 
- Akhir sekali, masukkan lada hitam.


Bahan2 utk dikisar

disini hanya menggunakan 3 keping ikan pari yang kecil.

selepas dimasukkan air asam jawa.

  
Ta-Da!!! dah siap Asam Pedas Ala Johor

SELAMAT MENCUBA....